Want your
own Fotopage?







 


By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Feb-2010 10:37 Email | Share | Bookmark
NASI KEBULI & AYAM PERCIK

 
 
 

NASI KEBULI

Bahan-bahan:-

900 g beras - basuh dan toskan (Ummi sukat hanya 4 cawan beras basmathi)
2 biji kelapa parut (Ummi guna 5 cawan santan)
5 sm halia ~ diketuk
1 batang serai ~ diketuk
1 helai daun limau purut
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
minyak ghee utk menumis

Untuk Hiasan:-

2 biji telur (didadar) - akak x buat pun
kismis
bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan untuk dikisar :

2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara Memasak :

1. Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
2. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
3. Masukkan santan & garam tunggu mendidih.
4. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
5. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.


AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)

Bahan-bahan :


2 ekor ayam
500 gm bawang besar
50 gm halia - diblender
50 gm lengkuas - diblender
50 gm bawang putih - diblender
5 batang serai - diblender
2 cawan gula
3 sudu stok ayam serbuk
5 senduk cili mesin
5 senduk cili sos
1/2 kg santan

Kaedah penyediaan :

1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net