By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 8-Aug-2008 08:18 Email | Share | Bookmark
SPAGETTI ala MERPATI

The Spagetti Sauce
Care to join me?
Salaam Jumaat...

Quote:
Renung-renungkan dan selamat beramal…

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.


Thanks to Ida of Ida Bakery for sharing this easy and yummy recipe with all of us.....sorry geng...wa ada derhaka sikit kat resepi lu......



SPAGETTI ala MERPATI

Ingredients
:

Spagetti ~ boil to al-dante

2 cloves garlic ~ minced
1 onion ~ diced
500g minced meat
1 bottle of Kimball Spagetti Sauce
Tomato Sauce
Chillie Sauce
a bit of sugar
1 chicken cube
2 bottles (size of Kimball Spagetti Sauce's bottle) water
cooking oil

Method :

1. Heat oil in a pot. Add in garlic. Fry till golden brown.
2. Add in diced onion and fry till translucent.
3. Add in minced meat and let the meat cook.
4. Pour in the Kimball Spagetti Sauce, tomato sauce, chillie sauce, sugar and chicken cube. Stir.
5. Add water and leave to simmer for another 5 to 10 minutes on slow fire.
6. Serve with boiled spagetti.




Quote:
SPAGETTI ala MERPATI

Bahan-bahan
:

Spagetti ~ direbus

2 biji bawang putih ~ dicincang
1 biji bawang ~ didadu
500g daging cincang
1 botol Sos Spagetti Kimball
Sos tomato
Sos cili
sedikit gula
1 kiub ayam
2 botol (gunakan botol sos spegetti tadi) air
minyak masak

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bawang putih dan goreng hingga wangi.
2. Masukkan bawang yang didadu dan goreng hingga lembut.
3. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak.
4. Tuangkan sos spagetti Kimball, sos tomato, sos cili, gula dan kiub ayam. Kacau rata.
5. Tuangkan air dan renihkan selama 5 hingga 10 minit dengan api perlahan.
6. Hidangkan bersama spagetti yang telah direbus.


HAVE A NICE AND SAFE WEEKEND EVERYONE!!!



Quote:
1. Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my>> Terima kasih Zai kerana sudi jengok mama di sini ye... suka betul dia dapat jadi first commenter... psst... mama pun sama sebenarnya... cuma lom ada rezeki nak jadi first commentor kat page Zai..
2. kak jie jie>> Shian akak rasa lapau ye... makanlah biskut cicah air dulu mentara tunggu pagi kak...hehehe...
3. muna>> Kalau saya kasi cincang itu merpati masuk dalam spaghetti....awak mau makan ka Munaaa??? Ahakss.....
4. zaiy>> Tepat sekali!
5. mummy sofea>> Muahahaha... macam-macamlah Fizah ni. Rupa Cindy Crawford macam tu eh? Ma tak kenal Amboi, mentang mentang berjiran dengan dak Imah, tulis komen pun dah keluar berderet smileys!
6. Layman>> Kalau tak letak pun boleh, ikutlah tekak masing-masing. Tapi kenalah perisakan dengan secukup garam dan gulanya kan...
7. maklang>> Mak Lang, ma rasa, sedap lagi yang Chief masak la...
8. aishah@ummiaqil>> Sodap dan sonang yo nak mombuek eh...
9. aisyahunaira>> Mama beli kat Cosway. Kedai letrik biasa, tak sure pulak...
10. boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com>> Tu la tu, ntah apalah Chief dah mandremkan kita kan, semuanya kemaruk makan spagetti! Muahahaha....
11. jasmeen>> Betul tu, kita kena sentiasa berlaku jujur tak kiralah dengan sesiapa pun. Wah, Jasmeen pun dah main tibai gak eh?
12. shariza mamanurin2002@yahoo.com>> Mama ni malas nak keluar rumah, tu yang masak sendiri je...
13. Ida Isk merpati66@yahoo.com>> Wah, tok guru dah datang! Hehehe... tu la tu, kami kami ni dah kena mandrem rupanya...patutlah asik dok teringat je kat Spageti ala Merpati.
14. mama ie a.k.a leen mf_leen@yahoo.com>> Ma upload malam semalam sebelum tidur lerr.....
15. bibu@wilda caw582@yahoo.com>> Bibu cadang nak masak apa dengan minced beef tu?
16. bibu@wilda caw582@yahoo.com>> Most welcome...nice weekend to you too..
17. ija shariza>> Orait...
18. zira>> Pergi makan ye...jangan biar perut kosong ye.....
19. spa sally sg petani>> Waalaikumussalam, terima kasih.
20. putrimlm fotopages>> Buatlah ye, sebab senang je...
21. yanT>> Ate, YanT yang kata YanT cantik cam Agnes...ma follow ajelah...hehehe... Mama biasanya buat kuih raya sendiri je. Kalau ada yang nak order, barulah ma buatkan sekali. Alang-alang buat untuk keluarga, buatlah sekali untuk order...
22. Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com>> Betul tu Ida...sentiasalah kita beringat...
23. amal5041.fotopages.com amalhayati68@gmail.com>> Sedap tu...macaroni carbonara dengan mushroom!
24. noor>> Sedap kak. Tapi kalau kita buat lain kali, kalau guna sos yang ini, kita rasa kita nak masukkan tomato buah dan lebih lebih sket tomato sos sebab macam kurang masam. Kami ni kuat masam. Maklumlah dok Malawi 7 tahun, asik bergelumang dengan buah tomato je! Muahahaha... another choice is to use the Prego spagetti sauce, tapi mahallah...
25. anna>> Ala Anna ni dah comel pun nak diet....Mama yang patut diet ni pun, buat tak tahuuuuu je....ahakssss......
26. kamalina a.k.a aimi>> Terlambat seminit je, ma dah habiskan...hehehe... ingatkan tak ada orang yang nak... boleh eh cenggitu?!
27. kamalina a.k.a aimi>> Hihihi...lapor sangat ke Aimi?
28. Azfa>> Waalaikumussalam Azfa. Ha ah, memang sedap kalau ada oregano leaves and cheese tapi hubby ma likes his food as simple as possible, so kena cut short on the 'accessories'!
29. mummy hamim2>> Memang pun cepat dimasak sedap dimakan dan tak payah basuh banyak periuk belanga! Penting tuuu....hehehe...
30. arina>> Ahakss..... sorrylah ye... dah masak spagetti ke lom?
31. lynnhassan lynnhassan@yahoo.com>> Tu la Lynn, dalam fikiran Lynn asyik ingat icing sugar, butter, krimwell, shortening....kesian spagetti dianaktirikan.... hehehe....
32. zaitgha zaitgha@gmail.com>> Yup, my blogspot tu bisu... hanya untuk cuci mata je... hehehe... Terima kasih kerana sudi menerima ye... you deserve it!
33. danish>>
34. Ana cake_lovers69@yahoo.com>> Ha ah you, sesekali tukar selera!
35. saloma>> Kesiannya....
36. Noor>> Nanti bila kita dah bake cookies, kita tayang eh. Hari tu ada bake satu, tapi tak deco lagi... Nanti kita tepek eh....
37. maylique>> Comeylah dapur Maylique....cosy je. Kalau guna dapur kayu pun leh terror masaklah kawan...hehehe....
38. ezura>> Jihan nak dapat adik ke? Congratulations. Alhamdulillah.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net