By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Jun-2008 23:13 Email | Share | Bookmark
TAGGED BY CT

 
Wahai Puan CT, terima kasihlah kerana tag mama. Mohon ampun dan maaf kerana lewat menjawabnya yek. Tapi bak kata omputih, better late than never! Jadinya, inilah jawapan yang dapat diberikan setelah bertungkus lumus memerah otak sampai kering kontang dah ni....muahahahha...kepala pun dah berasap ni....hihihi....



1. Hanya seorang manusia biasa yang serba kekurangan tetapi akan berusaha menjadi sebaik mungkin.
2. Amat mudah tersentuh apabila melihat warga tua, terutamanya yang masih perlu bekerja untuk menyara hidup.
3. Old fashioned!
4. Amat kedekut berbelanja untuk diri sendiri, tetapi tidak untuk keluarga.
5. Kalau keadaaan memaksa, mama boleh REDAH JE!!
6. Suka buat kezutan dan menggembirakan orang lain, tapi tak berapa gemar menerima kezutan sebab tak tahu macam mana nak react! Hehehe...
7. Suka jadi low-profiled dan duduk diam diam di rumah Dulu, kini dan selamanya.....



1. Bila mengenangkan apa akan jadi pada diri ini bila di alam Barzakh nanti.
2. Kehilangan ahli keluarga walaupun ma tahu, setiap yang hidup pasti akan pergi...
3. Berada di tempat asing, sendirian, lebih-lebih lagi di tempat yang sunyi.
4. Kalau ada orang marah kat mama.
...kalau ada yang terasa hati dengan segala coretan mama selama ini, mama mohon ampun dan maaf ye..hehehe.. macam nak hari raya la pulak!
5. Kalau tak dapat tepati janji.
6. Berhutang
7. Guruh dan kilat!
Jangan gelak aaaaa....



1. Winter Sonata ~ Hazami
2. Ada Untukmu ~ Nubhan
3. Ketulusan Hati ~ Anuar Zain
4. My Heart ~ Irwansyah & Acha Septriasa
5. Ada Cinta ~ Irwansyah & Acha Septriasa
6. Tak Bisa Memilihmu ~ 6ixth Sense
7. Endless Love ~ Diana Ross & Lionel Ritchie





1. Tu la tu...
2. Tahu...tak pe...
3. Haloooo!!!
4. Astaghafirrullah'alazimmmmmmmm
5. Yo yo ooo je
6. InsyaAllah
7. Eee tak kuasa mak!



1. Mak dan abah yang membesarkan mama dengan penuh kasih sayang serta adik beradik.
2. Suami dan anak-anak yang dikasihi.
3. Kesihatan yang baik.
4. Kebahagiaan
5. Rezeki yang halal....
jangan buat main ooo...jadi darah daging tau!
6. Harta yang seadanya....
alhamdulillah, tak banyak dan tak sikit....syukur...
7. Negara yang aman....
wah...dah macam menteri la pulak bunyiknya yek....hehehe



1. Naik bas awam sendirian ~
Masa tu dah Form 1. Mama ni memang pengecut. Selalu pergi mana-mana mesti dengan parents. Nak dijadikan cerita, hari tu, dah janji dengan kawan-kawan nak pergi wedding cikgu. Sekali tu, kawan-kawan dah pergi dulu. Hadiah kahwin cikgu pulak, ada pada mama. Nak tak nak TERPAKSA redah jer! Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi tanpa sesat...Muahaha!
2. Berpisah dengan keluarga ~
masa tu Form 5 (Form 4, freshie, tak berani masuk sebab takut dengan seniors...ahakkss....) Masuk asrama Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Walaupun rumah keluarga tak jauh, tapi saja gatal nak rasa masuk asrama. Aduhai, melalak jugaklah...muahahaha....
3. Bila ada orang declare kita girlfriend dia! ~
Wahhhh....masa tu, bukan naik Cloud 9 lagi! Dah Cloud ten eleven twelve dah! Muahahaha....And that person is my darling hubby!
4. Berumahtangga ~
tahun 1991....but feel like it was just yesterday....mesti MamaZieza kata....eee gelenyaunya....WAKAKAKAKAKA
5. Mengandung dan bersalin ~
tahun 1993, pengalaman yang indah......
6. Berjauhan dengan hubby untuk jangkamasa yang lama ~
pertengahan tahun 1994, bila mana hubby kena bertugas di Sri Lanka. Ketika itu mama mengandungkan Syahmi. Mama hanya mengikut hubby selepas habis pantang.
7. Naik kapalterbang ~
pertengahan tahun 1994. Ke Sri Lanka selama sebulan sahaja untuk melihat-lihat tempat....

Phewww leganya dah habis buat homework. Jadi sepatutnya sekarang, mama kena tag orang pulak. Tapi rasa macam nak jadi baik sikit hari ni, so mama tak akan letak nama sesiapa untuk di tag TAPIIII kalau ada sesiapa dengan rela hatinya nak kena tag, sila angkat tangan! Ma nak tengok, ada tak yang sudi........





Quote:
1. Cikolong>> Mama dah explain caranya kat dalam private message Rini ya...please check.
2. the kesum return>> Tu la, kena siapkan homework sebab tak mau kena diri atas kerusi! Maluuuuu....ahakss....Huhuhu.. romantiknya CT ni juga ye.. hehehe... eee tak adalah nak buat besar-besaran kat hotel. Kami ni, kalau anniversary ke birthday ke, main lalu je... Mama suka all the slow sentimental songs...jiwa sentimentol...chewahhh....
3. juemeg>> Tak apa Juemeg...terima kasihlah kerana sudi meninggalkan jejak bertapak di sini....hehehe..
4. juemeg>> Tu la tu...macam soalan peksa besor plak... hehehe...
5. srsfeqah>> Tu la dio...pandai ekau buek kiro kiro. Jonoh gak sey monjawab eh....borasap kopalo ni ha.... hahahaha...
6. lee lin>> Itulah penangan akademi fantasia
7. JUN>> Alhamdulillah sihat sihat je Jun. Thanks ya...
8. anna>> Apalah yang bestnya tu ye...hehehe...Aiyoooo bad cholesterol dah kat border line eh? Kena berhati-hati ni....watch what you eat my dear....
9. kak rus kak_rusnah@yahoo.com>> Jiwang kita ni eh kak? Hehehehe.... Kita suka lagu slow.. kalau lagu rock tu, rasa cam nak pecah gegendang telinga ni!
10. << jeff >>>> Tu la tu, kena 'tembak' gak. Berpinau gak nak menjawabnya! Sib baik malam tu ada mood, so lajulah sket flownya....ahakss...
11. Zai Kulim zbintim@yahoo.com.my>> Kena jawablah Zai, kalau tak nanti, ticer suruh diri atas kerusi!
12. SA>> Dahnya, orang gi jalan tak ajak kita, kita boring tak tahu buat apa, kita buatlah aktiviti sendiri....ahakss....
13. Zai Kulim zbintim@yahoo.com.my>> 2x5, 5x2!!!
14. pat>> Yes, mama orang Melaka...
15. putrimlm colections>> Tu la tu, ni kira cam nak kena sit for SPM ni...muahahaha....
16. RinnChan>> Oh yo ko...kita took our own sweet time....ahakss....no la, actually mama punya marriage ni, macam orang dulu dulu gak..almaklumlah mama ni kan ol pesen. Kami ni macam love after marriagelah. That one year gap was to get to know one another la konon-konon....
17. ida isk merpati66@yahoo.com>> Esh geng, wa tak sebaik mana tapi berusaha nak jadi baik, supaya senang di 'hari esok'. Takut oo, masih terlalu banyak yang kurang ni. Tang open order tu yang masih takut tu...rasanya kita ni kan, will forever tak dak confident kot....
18. Audi TT by JE Design>> Hai tutuplah kedai printing nampaknya! Hehehe....
19. Alexandre Britto>> Obrigado!
20. intan isms72@yahoo.co.uk>> Waalaikumussalam Intan. Ha ah, panjang memang. Ini paper two rasanya, paper subjektif. Hihihii...jangan mare ye Puan CT. Gurau je....
21. jasmeen>> Mama baru tukar langsir tu, lepas buat cuppies kenyit kenyit mata tu...hehehehe... Ma tengok citer Winter Sonata tu sekali je. Tak laratlah...penat nak pulun habis 20 CD tu. Wah....ada kisah di sebalik WS, patutlah mashyukkkkk! Muahahahahhaa....
22. boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com>> Wahhhh kita sama-sama orang Teknik eh Tun. Mu ambil course apa eh? Kita ambil Pertanian, tapi kalau tanam apa pun mesti gone with the wind punya! Muahahahaha....Adakah daku telah tersalah course! Hihihi..... Yes, di Malawi dan Sri Lanka, ramai rakyatnya yang susah. Imagine seeing a very old man walking home lepas kerja setiap petang....BERJALAN KAKI! Just imagine, boleh tak meruntun hati ni tengok! Itu kalau walking home, tak pe lagi, kalau really tengok diorang bekerja...esh, tak dapat ku bayangkan! Alhamdulillah dikau senang menjadi temanku.....begitu jua daku.... wah...jiwanglah pulak haa....
23. dOd>> Agak-agak leh dapat distinction 1 tak? Hehehe....
24. itolee leeto79@streamyx.com>> Begitulah kira-kiranya....alhamdulillah. Actually mama cakap kat my parents, kalau nak suruh ma kahwin, mak dan abah carikan. My parents cakap, kalau ma nak kahwin, cari sendiri. Wah...cam no ni, mana ma reti cari! Sib baik abang cari, kalau tak, tak kahwinlah ma....Muahahahahaha! Sabor je la!
25. ~F&Z~>> I love the melody...
26. Jimat-Cermat>> Leh dapat full marks tak?
27. nana>> Tak ada apa yang menarik about mama ni Nana...insan biasa yang serba kekurangan....
28. YanT>> Wah, macam nak volunteer kena tag je ni....Ahaks...kalau nak, cepat angkat tangan ok. Mana tahu kot dapat prezen ke nanti! Hehehe.... Okay meh nak jawab pasal tag ni....

~Tujuan tag : Just for fun
~Kenapa nak tag : Saja suka suka
~Apa yang perlu dibuat dan camana nak buat : Contohnyalah mama tag YanT untuk entry ni, YanT kena jawab ke semua soalan yang dikemukan tu la...Untuk entry ni, YanT kenalah bagi jawapan kepada soalan-soalan :
7 tentang diriku
7 yang menakutkan aku
7 lagu-lagu yang aku suka
7 perkara yang aku suka sebut
7 perkara yang amat bernilai
7 perkara pertama berlaku dalam hidup
Jadinya, all together kalau dikira, 7 x 6 = 42 jawapanlah yang mesti terpapar di entry di fotopage YanT. Amacam, ada sanggup?! Cara menjawab, ikut stail masing-masinglah...

Aik...ini dah macam kena tag pulak dengan YanT. Tak pasal-pasal mama jawab soalan peksa lagi sekali nampaknya! Aiyooo pengsan oo ini macam! Muahahahaha.....
29. aishah>> Daku memang berjiwa jiwang...
30. maklang>> Shhhhhhh janganlah cakap kuat-kuat Mak Lang...kita kita je yang tahu dah la...malu dengar dek orang. Ma dah tua bangka ni pun takut kilat dan guruh! Muahahaha... Oh, Mak Lang pun ada bersalin pada tahun 1993 eh? Masa tu ma bersalinkan Fatin. My son, 1995. Oh Mak Lang pun ada Syahmi gak eh?
31. rossie's ross_lawrence2003@yahoo.com.sg>> Salaam Rossie. You actually read the whole thing? Hahaha.... I'm just being sporting, that's why I answered the 'test paper'. And frankly speaking, I had fun!
32. Pabloiizetty ii_zetty@yahoo.com>> Caayalah Zetty! Ok...mama tag Zetty!!!
33. kak jie jie>> Terima kasih kak jie jie kerana sudi bagi mama award ye. Mama dah gantung cantik cantik dah kat atas tu, siap bersanding dengan Mat Gebu...hehehe..
34. putrimlm fotopages>>


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net