By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Apr-2008 15:16 Email | Share | Bookmark
PENAWAR KEPENATAN

 


Buat teman-teman seperjuangan..dalam mengharungi kehidupan seharian,kita seringkali
mengeluh dengan beban tugas di pejabat.Bagi yang telah mendirikan rumahtangga ia adalah
satu cabaran yang hebat bagi kita menghadapi situasi sebegini..Untuk dikongsi bersama,
penawar segala kepenatan......sama2 kita amalkan...

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


=================================================================

HAPPY BIRTHDAY PAK CHU....



Ceritamu ceritaku....
Quote:
1. sue>> Welcome!
2. apple>> Sama-sama Apple, marilah sama-sama kita amalkan...
3. nn>> Sharing is caring...
4. Ibu Yan yan_avon@yahoo.com.sg>> Silalah copy ye Ibu Yan, moga lebih ramai lagi dapat memanafaatkannya. Terima kasih jua kerana sudi singgah ke mari. Mengapa Ibu Yan tidak meninggalkan link webpage Ibu Yan agar kami dapat berkunjung ke sana?
5. wilda caw82@yahoo.com>> Hehehe...hari apa yang tak penat Wilda oi...hari hari pun penat kan....hehehe....
6. umi-kal>> Most welcome auntie...Mudah-mudahan menjadi...amin...
7. Daalia lea1207@yahoo.com>> Ha ah wak, kita tahu, awak memang amat memerlukannya...kita tahu awak penat tahap kritikal tuuu...tak apalah, janji happy!
8. qamar_81 qamar_81@yahoo.com>> Silalah cilok mana yang berkenan ye...
9. Skelli>> Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan jejak bertapak di sini akhirnya....Betul tu, we need penawar rohaniah sekali sebenarnya...
10. Sabrina>> Sebenarnya benda ni senang je nak dibuat, tapi tu la, mama ni mudah alpa...naik katil, lom sempat apa, dah 'belayar' dah!
11. umieaisyah cikseri_ti@yahoo.com>> Mudah-mudahan ianya membantu...
12. rinnchan>> Samalah kita Rinn...lom sempat apa, tau tau 'padam' je...sib baik esok paginya leh 'on' semula...ahakssss....
13. Hanny>> Tak apalah, kalau semuanya dilakukan dengan ikhlas, besar pahalanya....insyaAllah...
14. Aini>> Hi Aini...tentang conversion tu, cuba Aini gunakan website ini untuk membuat conversionnya ya....
15. ab azlinawati@gmail.com>> Most welcome Ab...and thanks for your kind words...
16. zaiy>> Hehehe....mama ni, tidur pun penat gak...ahakss....
17. azura asri>> Alamak, bread Azura tu kena pakai yellow cake mix pulak...mana nak cari eh?
18. Farah-Shrewsbury UK>> Waalaikumussalam Farah. Amalkanlah, moga ianya baik buat Farah...
19. kak rus kak_rusnah@yahoo.com>> Thanks for sharing ye Kak Rus...akan cuba dipraktikkan insyaAllah...
20. mamasya mamasya22@yahoo.com>> Sama-sama Mamasya. Thanks for the wish on behalf of Pak Chu..
21. ida isk merpati66@yahoo.com>> Tq geng...sebenarnya hari mendeco kek tu adalah hari buntu kita tau. Memula buat kek macam tak lembut. Then kena buat kek lain. Pas tu bila tiba masa nak deco, dalam kepala dok fikir lain, yang terjadinya lain...hehehe...sib baiklah presentable gak! Kalau tak, sah gi beli kat kedai je!
22. rinnchan>> Ahaks...kek baru habis deco kol 12 tengah malam, tu sebab ada sambungan! Hehehe....Rinn ni kan, kelakarlah...ma tak tahan nak gelak bila baca part yang last sekali tu....yang Ida dok kat atas tu...hehehe....Rinn ni bayang-bayang Ida eh? Tapi how come the bayang-bayang is slimmer than the figure eh? Tak, Rinn jadi bayang-bayang mama la....best sket! Leh perasan ma kurus! Hihihi....
23. Ana>> Ha ah Ana, dalamnya chocolate moist. Feedback mengatakan ianya sedap...okkaylah tuh (ikut gaya Saida cakap!)
24. iezah aa_iezah@yahoo.com>> Most welcome. Fp mama ni pun biasa biasa je....
25. noor>> Mudah-mudahan Kak Noor. Ala deco kita tu tak secantik orang lain punya...itu je la yang kita terdaya kak...
26. aida>> Ha ah, jangan mengeluh, tak elok...Thanks for the wish ya...
27. lindahpadlee>> Betul tu Lindah...Bulan 4 ni memang ramai dalam family yang birthday....ni ada lagi 3 menunggu giliran!
28. umi-kal>> Terima kasih auntie kerana rajin komen kat page kita. Terharu gitu. And thanks for the wish. Ala auntie, kita tak pandai mana. Takat buat untuk keluarga tu...okaylah...
29. Shida&Kherold>> Sama-sama...
30. mak farhah>> Hah? Ngidam?
31. << jeff >>>> Most welcome bro...
32. miera geminian85_126@yahoo.co.uk>>
33. ina ina_saly@yahoo.com>> Waalaikumussalam Ina..Terima kasih kerana sudi menjengok mama sekian lama. Well to those yang sukakan natural beauty, then Malawi is considered untouched. I really love it there....and missing it very much...Kalaulah tambang nak ke sana tu murah, mesti ma terbang semula ke sana...just for a holiday...I miss the mountains, the lake, my friends and everythinglah.....uhuk uhuk.....
34. zanaz zanaz70@yahoo.com>> Alhamdulillah berkesan ye...mama ni baru nak start...tapi tak adalah ikut timing, asal teringat je, ma baca je...
35. srsfeqah>> Haa mama punya bulan Jun, Feqah nak buatkan kek ke? Beli punya tak mau, nak Feqah buatkan...bley? Ahakss...acah je!
36. shiq shiq77@yahoo.com>> Waalaikumussalam Mamabisya. Mama suka tengok deco Mamabisya tu...lawa je...
37. Fatin>> Waalaikumussalam Fatin. Alhamdulillah sihat-sihat je kami ni. Ma ni jarang dapat tengok Martha punya show...sebab tak tahu time dia...deco ma tu main hentam keromo je....
38. Look's fixulist@yahoo.com>>
39. boxhousestudio>> InsyaAllah akan ku cuba amalkan...tq geng...
40. Hajar>> Ma buat kek tu pun just for fun je...saja nak bagi Pak Chu happy happy....
41. soulha,cairo>> Happy belated birthday jua buat adik MamaSofwat ye....kongsi kek boleh, tapi takat jamu mata je la ye....
42. norz>> Mudah-mudahan silaturrahim kita berpanjangan. It's really great to meet you in person that day dan terima kasih sudi melayan kita ye. Happy sesangat....thanks Yang...big hug...muahhh....
43. nadia usofea@yahoo.com>>
44. Lee Lin>> Thanks Lee Lin. Samalah nasib kita...kalau dah birthday sendiri, tak kuasalah nak buat kek untuk diri sendiri...main lalu je laaaa....
45. Sabrina>> Tu la tu, jangan ingat drama je ada sambungan. Mama punya entry pun ada main sambung sambung tau! Pak Chu tu is my brother in law.
46. nabialishad>> Bukan kata unik, tapi senang je...main cakar cakar je...hehehe....Ma tambahkan serbuk koko dalam bancuhan icing tu. Pewarna coklat memang ada. Kadang-kadang ma masukkan sikit chocolate emulco. Thanks for the wish ye....
47. getmoney >> Please keep your ad short and sweet or I will have no choice but to delete them. Tq
48. TEchno>>
49. roylazim>> Thanks sis....simple coz I was running out of time! Ahakss...masa tu dah midnite...
50. kak jun (mamakasih) kasihroslan@yahoo.com>> That means you're such a good beginner. God know what you'll manage bila dah bergelar pro!
51. nic>> Hi Nic....any news about your condition? Take care dear....don't crave too muchlah...dah nak bersalin dah tuuu...
52. maklang>> Maklang nak pinjam tangan mama ke atau mama yang patut pinjam tangan Mak Lang ni? Hehehe....
53. Linda+Ghaz The Man>> Mr Ghaz aktif eh? Tak per, excercise!
54. Edoras>> Kalau prezen betul, dan dan ni mama gi redeem! Ahakss....
55. kamalina>> Ha ah Aimi, mama yang tenyeh sendiri kek ni....cantik tak cantik, itu je ler yang mampu dibuat...hehehe....
56. jeeja pandanwangi@yahoo.com>> Terima kasih...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net