By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Feb-2008 19:19 Email | Share | Bookmark
WHOLEMEAL BUNS

 
 
When the "angin Rajin" is blowing.............jangan tegur....nanti terencat!....ahakss...

Here's a recipe that I've modified from Sis Hanieliza's sweet bun recipe....Thank you Kak Liza...



WHOLEMEAL BUNS
Adapted from Sis Hanieliza's Fotopages

Ingredient A :

500g wholemeal flour
25g milk powder
50g sugar
10g instant yeast
1 teaspoon bread softener
1 egg
1/2 teaspoon salt

Ingredient B :

250ml water
75g margarine

Ingredient C :

Curry puff filling

Method :

1. Mix well ingredients A.
2. Add in water and knead till a soft dough is formed.(I called upon my antique but still reliable mixer to help me with this process!)
3. Add in margarine and knead again till soft and elastic.
4, Make into a big ball and cover with a clean plastic bag. Leave to prove till double the size.
5. Punch down the dough and divide the dough into 50g balls.
6. Flatten the dough and put the filling. Cover the filling with dough.
7. Leave to prove for another 20 minutes or so.
8. Bake in a preheated oven at 180 degree celcius till golden brown.
9. Once out of the oven, brush some margarine on top.



Quote:
WHOLEMEAL BUNS
Diubahsuai dari resipi Kak Hanieliza

Bahan A :

500g tepung wholemeal
25g susu tepung
50g gula
10g yis kering
1 sudu kecil pelembut roti
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :

250ml air (suam)
75g majerin

Bahan C :

Inti karipap

Kaedah penyediaan :

1. Campurkan semua bahan dalam A ke dalam mangkuk pengadun.
2. Hidupkan mixer dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam adunan hingga adunan kelihatan melekat sesama sendiri.
3. Masukkan majerin dan terus menguli sehingga doh yang lembut dan licin terhasil.
4. Bulatkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Bungkuskan mangkuk berisi doh dengan beg plastik yang bersih dan biarkan doh naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada bebola seberat 50g.
6. Leperkan doh dan isikan inti di tengahnya. Tutup inti dengan doh.
7. Biarkan doh naik untuk selama lebih kurang 20 minit.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C sehingga masak atau berwarna keperangan.
9. Sebaik keluar dari ketuhar, sapukan dengan majerin untuk menghasilkan doh yang lembut dan berkilat.


Quote:
JANGAN GELAK :

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. .. pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.
Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya.. .
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya. .. kali ini sebagai Syeikh Arab....
Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang...
Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."
Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"
Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"



Ceritamu ceritaku....
Quote:
1. nabialishad>> Cikgu? Aduhai...awatnya terus memulas je perut nih!
2. mama ca mierafaziera@yahoo.com>> Omak ai, awatlah ganazzznya Miera oi...apalah dosa bun tu, sampai hangpa nak siat siat dia!
3. kak jie jie>> Mudah-mudahan angin rajin sampai kat akak segera ye. Kita bagi link tu bukan apa, kita nak tengok gambar kuih akak...geram leh baca tapi tak dapat menjamu mata!
4. srsfeqah>> Wahai rakyat jelata sekelian, dengarlah sini.....kalau angin rajin mama terencat, kita kejar Feqah sebab dia dah tegur!!!! Hehehe...lawak ja na! Kalau suko kek roti wholemeal tu, nanti ekau buek yo. Ese dah bagi dah resipi kek atas tu haa...
5. Ana>> Alahai keciknya perut Ana, makan sebijik kenyang sampai ke petang. Mama ni kalau makan seloyang pun lom tentu lagi!
6. Ein>> Alahai Ein, nasib nasib je mama buat nak menjadi. Kadang-kadang tu ada juga yang terpeleot power punya! Hehehe....
7. leen>> Yang R tu paham, yang P tu apa ye? Pau ke?
8. anna>> Ramai yang koreng bila tiba wholemeal bread. Biasalah tu, yang sihat tu yang orang tak berapa nak suka....
9. lee lin>> Sangatlah betulnya!
10. Rita & Kids nazarita@hotmail.com>> Rita diet ke?
11. cakcibur>> Tu la, nawaitu tu salah, nak riak..kan dah tak leh upload....wakakakaka...dak la, fp memang tak boleh upload gambar, janganlah 'pihak' lain dipersalahkan yek...wakakakaka...
12. Noor>> Esh akak ni, sebut roti celup kuah kari ayam la pulak...ni yang membuka selera nih!
13. penyulawa penyulawa@gmail.com>> Alahai, kesiannya dengar. Mesin Anim rosak dah eh? Tak boleh hantar repair ke? Agaknya dulu Anim banyak sangat buat roti untuk jualan. Why not beli yang untuk bisness punya? Ma bukan tak nak try resipi udang tu tapi kena cut down banyak on seafood. Doktor tengah monitor ni....berdebar-debar je nak tunggu ujian darah. Minta-minta tak ada apalah hendaknya....
14. mamaella>> Hmmm cicah kopi pulak...aiyoo macam ni, jadi tong drum la mama!
15. Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com>> Nak pos boleh, tapi bila sampai, dah tumbuh kulat ler!
16. anis>> Sanggup ke makan roti berkulat...ahakss....
17. Siti zaisufi@gmail.com>>
18. fifi fad>> Macam-macam kan orang-orang ni......
19. Muna>> Hehehe...tu la, tak perasan pun signboard JANGAN tu banyak ropanya! PMS tu apa eh? Kita memang kantoi bila tiba bab bab short forms ni. Ala, Muna belum show off lagi your talent in buns making...mesti lagi lawa punya!
20. korina lin_korina6078@yahoo.com.sg>> Mama ni tak berani recommend apa apa sebab bukan pakar dalam bidang tu. But if I were you, kalau let say untuk bake sikit-sikit, mama beli oven kecil je. Tapi kalau nak bake banyak, baiklah beli oven yang besar provided you have the space to put la kan. Mine is a built in oven. Oven kecil tu, my sis punya. And I am using both depends on the quantity.
21. lindahpadlee>> Just bear in mind, mama uli guna mixer ye. Ahakss..Kalau uli manually, rasa-rasanya kebarangkalian nak bantat amat besar sekali! Hahaha...Mixer pula, bukan hand mixer ok....tak pasal kang, jahanam pulak hand mixer orang!
22. Fatin>> Waalaikumussalam my darling girl. Alhamdulillah I am fine and much much better when I read your comment. What a pleasant surprise! Tak apa, nanti Along balik, mama bake banyak-banyak and stuff you up...so that Along jadi tembam and I can huggy huggy you like a teddy bear ok! Hehehe...By the way, research pasal Wau tu dah buat ke belum!!!! Love you too girl.
23. Daalia lea1207@yahoo.com>> Will be right here waiting...waiting patiently that is.... Just joking....
24. mamasya mamasya22@yahoo.com>> Alhamdulillah ada chemistry agaknya...hehehe....Benda yang serap lembapan tu dia dalam peket kecik je tau.. ala yang kalau kita beli kasut, kan ada peket kecik tu...atau pun kalau kita beli vitamin pills, dalam botol tu kan ada peket kecil tu. Kalau mamasya ada botol vitamin yang dah habis, simpan je balance yis dalam tu berserta peket serap lembapan tu....Payah juga tak tahu nama benda alah tu ye...hehehe...tak apalah, asal mama paham, mamasya paham oraitlah!
25. ha/chendana>> Ma dah tiup dah....rasa tak?
26. kamalina>> Kalau mama, tak bel breadmaker, ma prefer beli mixer sebab mixer boleh buat macam-macam. Hash brown tu, kalau ma buat lagi nanti ma cuba snap ye. Agaknya masa Aimi microwavekan campuran kentang blend dan kentang diced tu, tak berapa kental tak? Next time round, kalau dah shapekan, cuba simpan sekejap dalam fridge ye.
27. nic>> Ma teringatkan Nic punya requestlah hari tu, tu yang buat....
28. Yati yadami68@yahoo.com>> Most welcome Yati...nanti cubalah ye....walaupun tak sesedap roti putih, tapi demi kesihatan kan...
29. Erna>> Ekau ni tak abis-abis nak cicah sambal ikan bilis. Nantilah ekau datang esok esok...ma masakkan segantang sambal ikan bilis. Cicahlah sepuas eh! Nak borondam dalam tu pun boleh!
30. Ezza>> PM? Alamak...nanti ma check balik eh...amponnn....
31. Kak Leen mamaleen@yahoo.com>> Eee jangan....ma ni tak layak dibandingkan dengan Chef tersohor tu...cam langit dan bumi tau! Leen dah sihat?
32. Mak Teh>> Lor naper Mak Teh berselindung di balik tabir? InsyaAllah kalau Mak Teh cuba, Mak Teh pun boleh buat roti ni...senang je Mak Teh.
33. yaa yaa_alan@yahoo.com>> Jangan Yaa.....jauh berbeza tuuuu....
34. aliz_mie>> Tak dapek den nolong!!!
35. kuchai>> Dasat sungguh imaginasi mu wahai Kuchai!
36. hanieliza>> Resipi akak ni memang flexible, sedap, senang dan insyaAllah tak akan fail. Itu sebab, kalau ada sesiapa yang mintak kita guide diorang buat roti, resipi ini yang kita syorkan sebab kita tak mau diorang hampa kalau first trial tak menjadi...terima kasih banyak-banyak kak...
37. rozzan>> Sok lusa, mesti tepung wholemeal tu berubah wajah jadi roti gebusssss hasil sentuhan bro Rozzan yang terror ni!
38. ::mimi::>> The beauty of staying abroad is, daripada knowledge equals zero in cooking, boleh jadi pandai tau! Take me as an example la. Dulu satu benda kuih Melayu tak reti buat. La ni, alhamdulillah, tak pandai lagi, tapi kira dah tahulah buat....idaklah melopong je bila orang bercerita pasal kuih-kuih Melayu....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net