By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Jan-2008 07:24 Email | Share | Bookmark
AIS CIK MEK MOLEK

Ais Cik Mek Molek


AIS CIK MEK MOLEK
Source : Sis Jie Jie

Ingredients :

Concentrated Sunquick
Condensed Milk
Sugar
Cold water
Ice cubes

Method :

Blend the above ingredients. If you put more icecubes then it;ll become Cik Mek Molek Slurpy! Will try that soon!


Quote:
AIS CIK MEK MOLEK
Sumber : Kak Jie Jie

Bahan-bahan :

Sunquick
Susu pekat
Gula
Air sejuk
Ais

Kaedah penyediaan :

Masukkan semua bahan-bahan di atas di dalam blender. Kisar dan hidangkan. Kalau lebih banyak ais yang digunakan, ia akan menjadi Slurpy Cik Mek Molek. InsyaAllah akan dicuba bila anak-anak balik nanti


Kak Jie Jie

Quote:
Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan...

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun... Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Ceritamu ceritaku....
Quote:
1. Haniss>> Macam-macam adaaaaa! Ahakss...tapi sedap air ni...manis masam...yum yum! Ma buat buka puasa semalam....sungguh menyegarkan!
2. shitah wnd6684@yahoo.com>>
3. sitione dimensione2u@yahoo.com>> Burp tak pe aa....jangan angin tempat lain plak ye...ahakss..opss sorry...sensored!
4. Linda+Ghaz the Man>> Saper makan cili padi, dia la terasa pedasnya... hehehe..dah, gi buat kerja! Tu boss tengah jeling je tuuuuu.....
5. kamalina>> Tag iteww amat sesuwaiii untuk orang yang mengantuk...bila tengok kawan tu, mesti terkejut dan terbeliaklah biji mata! Segarlah kejap! Hahahha...sabor je la!
6. MaDiHa>> Betullah tu, resipi Kak Jie Jie...masa ma tengok hari tu, dah tengah malam. Kot kalau buat jugalah malam tu, harus sekampung bangun dek bunyi ngauman blender mama!
7. Edoras>> Eee tak de la wei, kerjarumah mama banyak cik oi...ma dok sekejap sekejap...tapi tu la, asal ma click kat page Edoras, tengok lom ada orang comment, ma pun letak je la...ahakss..ini namanya...REZEKI! Jangan mare!
8. cek de sam>> Tu la pasal....kalaulah sesaper yang minum jus ni dia jadi lawa cam cik mek, sah, mama akan minum bergelen gelen!
9. aliz_mie>> Waalaikumussalam. Most welcome. Ooooooo nak caras mama eh!!!! Meh kita alimat getset go! Hahahaha....
10. Tina>> Hihihi...jangan tak tahu...mama pun masa mula mula tepek tag tu, mama pun terkejut. Mana taknya...mata kawan tu terkebil kebil bagai nak rak! Hahaha...Jgn main terjah je wei...sms dulu...hihihi....
11. kak jie jie>> Tuan punya Cik Mek Molek datang dah...dengan lenggang lenggoknya! Manalah creativenya kak, biasa-biasa aje. Kita letak limau tu bagi bangkit kaler je sebab kita tak de peralatan yang lawa-lawa, semuanya simple simple je....InsyaAllah nanti adalah yang mengikut resipi akak ni...memang sedap pun, tak rugi cuba. Dahlah tu, senang pulak nak buat....Cepat dibuat cepat ditelan...ahaksss.....
12. maya>> Boto tuuuu....!!!
13. Kak Leen / MamaLeen mamaleen@yahoo.com>> Waalaikumussalam Leen. Hihihi...Leen terkejut tengok Ostrich mama tu eh. Hehehe...Ini namanya... jamu mata!
14. hanieliza>> Seriously memang sedap. Kita tahu selera akak...garenti air ni sedap! Anak-anak kita dah sebut dah hari tu...nanti diorang balik cuti ni, mama kena masak itu masak ini...seronok ler plak...
15. Acik badariah@bungalawang.com>> Ramai juga peminat Ostrich mama ni ye...
16. norz>> Waalaikumussalam sis. Amin to your duaas....
17. umi-kal>> Beware...you're being watched! Hahahahahaha....sabor je la...
18. sabul2u>>
19. Erna>> Mama dah pasang 'CCTV' aaaa.....beware!
20. boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com>> Melatah opocot tak?
21. strozze>> Wallah kesiannya...
22. noor>> Ma dapat gambar tu dalam email long time ago. Saja simpan sebab cute. Oh, akak pun dah cuba eh...sedap kan...
23. Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com>> Oh Ida pun dah buat eh...sejuk menyegarkan kan....Hehehe...saja buat perubahan, sebab kalau gambar yang tuu je, boring gak kan...
24. << jeff >>>> Tag tu jua yang menjadi pojaan hati mu......
25. lynnhassan lynnhassan@yahoo.com>> Jangan minum air manis banyak sangat Lynn. Minum air masak lebih-lebih....nanti mengundang penyakit lain pulak....minta dijauhkan...
26. arina>> Jus ni memang sedap....percayalah....chewah........
27. Ana>> Macam ni, office Ana kena bayar mama sebab mama menyediakan khidmat 'penjauhan aktiviti mengular' Ana dah sihat?
28. anna>> Mudah-mudahan kita dapatlah praktikkan sebanyak mungkin...for our own good juga kan....Tapi tips Anna lagi kaw kaw...minum Ais Cik Mek Molek untuk menyejukkan hati... Lawaklah Anna!
29. snowieys>> Skali skalo, kono gak bagi tokojut...kalau tak nanti ekau leko yo...wakakakakaka....Bagus potuo tu, minum ais cik mek molek nak bagi hilang raso tu eh.....
30. chendana ayu_cendana@yahoo.com>> Kussssmangat!!! Molek sungguh deh.......
31. ida isk merpati66@yahoo.com>> Semolek tuannya? Oh tidakkkkk.....dia molek sket lagi....wakakakaka....
32. srsfeqah>> Kusmangat...sorrylah Ostrich mama dok sergah srsfeqah ye...nanti mama babab dia! Hahahaha....Tq la sebab suggest FP mama yang tidak seberapanya ini ye....All the best in your studies... belajar rajin-rajin ye...
33. mamasya mamasya22@yahoo.com>> Mmm kat mana eh mama nak pacakkan signboard "this way to MamaFaMi's" sebab semua orang asyik ingat salah rumah...wakakakaka... haa inilah kezutan dari mama....chewah....
34. didie khaijju@hotmail.com>> Mama dah email Didie ye....
35. sofu>> Dato' M? Eh jangann....anak-anak kami kecik lagi, so kami berdua ni lom bercucu lagi...ahaksss!
36. baipower>> Eshhh mama ni bukan sifu la baipower....masih merangkak rangkak lagi nihhhh...sesamalah kita belajar ye...
37. ab azlinawati@gmail.com>> Uishhh sedapnya bunyi dia meneguk!
38. Acik badariah@bungalawang.com>> Best tapi kena minum straight away


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net