By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Jan-2008 02:13 Email | Share | Bookmark
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

 

Courtesy of IslamicFinder Website

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan sabtu, 19 JAN 2008)


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.



Ceritamu ceritaku....
Quote:
1. boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com>> Most welcome dear. Same goes to you and your family....
2. Lee Lin>> Tak juga....
3. Roylazim>> Most welcome sis..
4. lindahpadlee>> Mudah-mudahan. Mak Yong apa khabar?
5. serisuja>> Sama-samalah kita saling ingat mengingatkan...
6. looksgood>> Waalaikumussalam.
7. Linda@anna kaori.cake@yahoo.com>> Sama-sama. Sesiapa yang boleh puasa, eloklah berpuasa...
8. NorAlHidayah>> Most welcome dear...
9. Dolly>> Waalaikumussalam my dear. It's too long to translate. Inne muthu kupwe teka at the moment
10. Eryne Jasmine>> Happy anniversary (kalender Islam) buat Eryne and hubby Anniversary kali ni, dah ada present awal awal yek You take care ok...
11. << Jeff >>>> Sementara boleh saling ingat mengingati, haruslah kita take that opportunity kan...
12. leezsa leezsa@yahoo.com>> Sama-sama Leezsa...
13. Fendy, Tini & Aiman Harith>> Most welcome...
14. Nur>> Sama-sama Nur...mudah-mudahan...
15. cek de sam>> My pleasure....
16. masriyah>> Sama-samalah kita semua beringat ya...
17. Edoras>> Of course I liked it bro. Amboi amboi amboi...tumpang iklan nampak...ni kena bagi mama 10% ni...wakakakaka...
18. Lees>> Welcome Lees. Memang selalunya orang akan masak bubur Asyura pada hari Asyura ni, tapi mama tak masak pun...
19. alchemist>> Sama-sama alchemist...mudah-mudahan kita semua mendapat keredhaan dariNya, insyaAllah.
20. Hajar>> Hehehe....tu dah tahap tak tahan marah ler tu eh? Biasalah budak-budak Hajar, memang cam tu...tapi cutelah 'anak omputih' Hajar yang dua orang tu!
21. srsfeqah>> Sama-sama srsfeqah.
22. ida isk merpati66@yahoo.com>> Jommm...
23. Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com>> Silalah copy Ida, biar kita ramai-ramai share info ini ye...
24. fazizaid>> Welcome.
25. kamalina>> Most welcome. Mudah-mudahah....amin...
26. ayuwajah>> No thanks
27. hijanahhafiizh>> Nak buat macam mana kan...dah terlupa...tak apalah, panjang umur, next year boleh puasa...
28. ed>> Most welcome Ed..
29. maklang>> Masak simple simple je. Tak masak bubur pun...
30. ina inaluv72@yahoo.com>> Tu ha, ma dah 'hidang'kan apa ma masak. Memasak tu pun pasal ada orang nak datang, kalau tak, harus gak masak kat kedai je....hehehe....
31. unnamed>> Huh??????????
32. mrsjemain udakyana@yahoo.com>> Same to you An.....ma tak masa bubur Asyura pun....
33. cikucak sirihseraiwangi@yahoo.com>> Hi Ciku. Selamat datang ke teratak mama ni. Janganlah Ciku merendah diri pula. Mama ni pun bukan pandai sangat memasak. Mama saja testing testing aje di dapur tu. InsyaAllah kalau minat Ciku yang dah berputik itu berbunga mekar nanti, pandailah Ciku memasak segala jenis masakan ye...
34. aishah>> Terima kasihlah sudi juga jengok orang tua ni di sini....hehe...mestilah ada kezutan, baru best!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net