By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Aug-2007 10:10 Email | Share | Bookmark
Renungan Hari Jumaat

Malam pertama ..........

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?



Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"


Thanks Ida for this article...

Ceritamu ceritaku....
Quote:
1. Lee Lin>> Waalaikumussalam. Moga ianya dapat menyedarkan kita semua....
2. MaDiHa>> Mudah-mudahan kita tidak alpa. Thanks to Ida juga kerana fowardkan email ni pada mama..
3. Haniss>> Waalaikumussalam Haniss. Betul tu, semua orang akan menghadapinya bila tiba masa yang telah ditentukan. Jadi kita haruslah sentiasa bersedia.
4. anna>> Very true, sharing is indeed caring and I care for all of you....
5. leezsa halimatul_liza@yahoo.com>> Mama pun baru first time tengok macam ni. Normally keranda bertutup. Mungkin ada mesej di sebaliknya, agar kita lebih sedar...
6. mamasya>> Sama-sama mamasya. Mudah-mudahan...amin....
7. mommy_d&d>> Sama-samalah kita ingat mengingati...
8. s2m3r>> Maaf ye s2m3r. Mama tak ada resipi tu...tapi Nur pernah tepek kat fotopage dia.
9. umiedina>> Mama setuju tu....
10. mamazieza>> Amin amin ya rabbal alamin..
11. mrs.apple mrs.apple@gmail.com>> Most welcome. Hari ni cutilah citer makan ok...to be continued...
12. sharifahnorabzan sharifahnorabzan@yahoo.com.my>> Most welcome sharifahnorabzan. Moga kita sama-sama dapat memanafaatkan apa yang telah dipaparkan...
13. snowy>> Sama-sama snowy. Maaflah ye...mama ni, buah naga tu pun tak pernah rasa lagi! Tapi kalau nak buat jem buah naga tu, rasanya sama je macam buat jem lain. Masakkan buah naga yang telah dicincang halus atau diparut, dengan gula hingga pekat. Wallahualam.
14. nozie yusof jikazie@yahoo.com>> InsyaAllah kita sama-sama laksanakan tugas kita sebagai umat Islam. Mudah-mudahan selamat di sana....amin
15. kamalina>> Mungkin sengaja dipaparkan gambar sedemikian untuk memberi lebih kesedaran dan ingatan kepada kita semua....
16. cek de sam>> Most welcome Cek de Sam
17. MAMA mama@mamacollections.com>>
18. Roylazim>> Harap-harap kita semua berkesempatan memperbaiki diri...
19. BondaRaqynR>> Alhamdulillah...maknanya mesej penulis artikel di atas, kesampaian....
20. Auntie_muah3x musitamas@hotmail.com>> Salaam Kak...Pekabo? Jadi balik tak raya ni?
21. PUSAT RAWATAN GSHAH>>
22. Rozzan>> Hi bro...long time no see over here! Hope all are well. Kami sekeluarga, alhamdulillah sihat. Moga artikel di atas, sedikit sebanyak menyedarkan kita dari terus terlalai.....
23. Sabrina>> Sama-sama Sab. Moga kita semua dalam peliharaan Allah sepanjang masa...amin
24. boxhousestudio>> InsyaAllah, mudah-mudahannnn....
25. dolls rehanabondary@hotmail.com>> Hi Dolls....it's about first night in the grave...just a reminder to us, Muslims to be prepared...
26. lie syahmie12@yahoo.com>> Sama-sama Lie, kita sama-sama ingat mengingati ye...
27. dOd>> Memang betul tu dOd, kita ni kadang-kadang asyik ingat dunia je kan.....
28. yana>> Tidak dinafikan lagi....
29. rozeela>> Sama-sama Rozeela. Ke mana menghilang?
30. << jeff >>>> Betul tu bro...so hendaklah kita sentiasa mempersiapkan diri kita....
31. snowy>> Sama-sama snowy. Moga boleh dijadikan panduan buat kita semua. Silalah copy apa yang Snowy nak ye....all for us to share.....
32. Noraini maznor2002@yahoo.com>> Terima kasih sangat-sangat sebab sudi setia mengikuti fotopage mama yang tak seberapanya ini. Biasalah tu kan, ada resipi sedap pada seseorang, kurang sedap bagi yang lain. Janji, kita cuba, ye tak? Sausage roll keras atas dia, mungkin disebabkan Noraini terlebih bakar. Lagi satu, selepas keluar aje dari oven, mama akan sapukan majerin atas rolls tu...biar dia sejuk sikit dan terus simpan dalam bekas plastik. Itu akan membuatkan roti lembut sampai sudah. Membakar roti ni, satu aje, jangan terlebih bakar. Tak apa, nanti cuba lagi ye....
33. ummi@aqil sh.shada@yahoo.com>> Aduhai, merdunya bunyi ajakan tu...kalau hantar tiket untuk kami 4 beranak ke sana, ANYTIME mama sampai! Nak gi sendiri, aiyooo manalah nak korek duit cik oi!
34. iNt@N intan _love@yahoo.com>> Betul tu Intan....
35. funny fu2n_funny@yahoo.co.id>>
36. tieyha nfb89@yahoo.com>> Tak sure la....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net