By: Mama FaMi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jan-2007 06:30 Email | Share | Bookmark
SALAM MA'AL HIJRAH 1428



SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1428

Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia,Ameen.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


DOA AKHIR TAHUN
Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib, pada akhir bulan Zulhijah.

Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH S.W.T. ampunkan dosanya setahun lalu. Terjemahan Doa tersebut adalah:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang vtelah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalaian alam."

DOA AWAL TAHUN
Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram.

Terjemahan Doa tersebut adalah:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongny a dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalaian alam."


Peristiwa-peristiwa penting:

* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Ceritamu, ceritaku...
Quote:
1. hood newrulehooda@yahoo.co.uk>> Waalaikumussalam Hood. Same goes to you and your family. Amin. Panjang umur, ada rezeki, ketemu jua kita...
2. shafa shafarida@gmail.com>> Waalaikumussalam. Salam tahun baru buat Shafa jua. Tak apa, salin tu kira first step. Nanti second step, belek-belek...third step terus ke dapur dan tak akan stop stop lagi.....
3. nic>> Same to you Nic. Tahun ni tentu lebih bermakna buat Nic. Dah siap semuanya?
4. MrsJemain Raihan udakyana@yahoo.com>> Selamat menyambut Ma'al Hijrah buat Mrs Jemain sekeluarga. Moga kita semua dirahmati Allah sepanjang masa..Kerceriaan fp ni adalah kerana kalian semua jua....terima kasih...
5. umi-kal Nasution Wheldon kaynasution@hotmail.com>> Waalaikumussalam auntie dear. Ameen to all your duaas. Moga auntie sekeluarga jua sihat sentiasa dan dalam peliharaan Allah sepanjang masa...Selamat menyambut Ma'al Hijrah....
6. Mademoiselle Ayu>> Same goes to you Ayu.... Yeay...Ayu dah habis peksa! Weekend ni leh gi lepak lepak lepas tensen!
7. aunidayini>> Selamat menyambut Ma'al Hijrah to you and your family too Aunidayini....Moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya. Thank you for introducing my site to your fellow bloggers. Mind? I'm honoured! Thank you so much. Btw, that day, I even have problem to use the tagbox. But once one problem was solved, the other one was okay as well...anyway, will 'tegur' you at your tagbox next time ya...
8. mommy_d&d>> Salam dear....Same goes to you and your happy family. Ya, gambar-gambar tu adalah gambar masjid di sini, tapi di kawasan kampung. Masjid di bandar ni besar-besar dan cantik, cuma mama belum berkesempatan nak snap gambarnya.
9. yangmazni>> Aminnn and same goes to you and your family in Japan...Psstt...projek dah on dah...sedap. Thanks!
10. anna>> Same to you and your family too Anna dear...
11. Lily>> Selamat menyambut Ma'al Hijrah jua buat Lily sekeluarga dan ameen to all your duaas.. Masjid-masjid tu di kawasan kampung along the way to Mangochi.
12. mamazieza>> Selamat tahun baru 1428 buat Mamazieza sekeluarga jua. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua...
13. mar chempaka_sari1@yahoo.com>> Salam Ma'al Hijrah jua buat Mar. Masjid di perkampungan sini, memang very simple.
14. Misliha naza214@yahoo.com>> Aminnnn...Mama doakan yang sama jua buat Mis dan moga bisness kek bertambah-tambah lagi hendaknya....
15. mamazieza>> My pleasure mamazieza...eee tapi bukan guru la...tolong tunjuk je.... Cakap guru kang, tambah sakit perut kita ni! Hahahaha.....
16. Kak Kham>> Kak Khammm...long time no see! Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1428 buat Kak Kham sekeluarga. Moga tahun ni membawa keberkatan buat kita semua.....
17. Kuzi>> Selamat menyambut Ma'al Hijrah buat Kuzi sekeluarga jua....
18. Sabrina>> Selamat tahun baru Hijrah buat Sab & Nadzri ye....moga sihat dan ceria selalu....
19. Sal>> Selamat menyambut Ma'al Hijrah jua buat Sal sekeluarga di sana. Moga kita selalu di dalam peliharaan Allah setiap masa. Amin....
20. Najah salju79@yahoo.com>> Terima kasih kerana sudi mencuba resipi yang dipaparkan di page mama ye. InsyaAllah tak lama lagi akan mama uploadkan pulak, satu lagi resipi choc chips cookies yang enak, seandainya mama mendapat green light dari tuan punya resipi ye....
21. Addah addah_90@yahoo.com>> Selamat menyambut Ma'al hijrah buat Addah sekeluarga jua di Ohio. Moga kita semua berada di dalam peliharaan Allah sepanjang masa walau di mana kita berada.....
22. mummy hamim2>> Amin, amin ya Rabbal Alamin.....Same to you and your family too my dear...
23. lin>> Terima kasih di atas maklumat yang diberikan....mama edit ye...buang yang part syaitan menyesal tu. Actually mama copy and paste aje....
24. Nabialishad>> Salam dan doa buat Nabia sekeluarga...
25. kuchai>> Unik and simple...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net